Welcome to my blog.. LOVE it? thank you~ HATE it? HELL is Waiting For You..MUUAAAAHHH!! ~! !!♥sukasukicacimaki♥!!: kisah si keychain bantal arnab

:: Gonjeng ::

Monday, 19 September 2011

kisah si keychain bantal arnab

inilah saya.. ;)




kisah si keychain bantal arnab

aku adalah sebuah 'keychain' handphone bantal pink yang tertera gambar seekor arnab cute yang berwarna putih.bila bantal tu berwarna pink, dah tentulah tuan aku ne perempuan. sebenarnya aku dihasilkan secara berpasangan.pasangan aku juga arnab seperti aku, tapi dia bantal berwarna putih n c sang arnab pula berwarna hitam. time tuan aku nak beli aku ne, punyalah susah dia nak cari aku ne. hampir 1 shopping complex tu dah pusing. nasiblah dia jumpa gak aku kat tingkat 3 tu.. tapi aku cuma dapat bersama denganpasangan aku tu kejap ja sebab 1 hari tu, tuan aku jumpa sorang lelaki ne, dia boleh bagi macam tu ja c arnab hitam kat mamat tu. tpi tuan aku ada gantung keychain blink2 huruf 'F' lagi bersama dengan c arnab hitam tu. maklumlah, huruf pangkal tuan aku kan mula dari 'F'. aku pun heran gak, penat2 dia cari tapi dia oleh bagi camtu jaa? tak faham lah dengan manusia ne.... tapi time tuan aku bagi c arnab hitam kat mamat tu, aku tengok tuan aku pun dapat something. bila dia buka, aku nampak baju tshirt putih cute sangat. tapi seingat aku, mamat tadi tu pun pakai tshirt sebiji macam baju yang tuan aku dapat ne. time tu aku faham yang baju tu pun mungkin diciptakan berpasangan dengan baju yang tuan aku dapat ne; sama lah juga mcmam aku dgn c arnab hitam kan. sejak hari tu aku tak jumpa c arnab hitam lagi. tpi aku tak kisah sebab aku tengok tuan aku hari-hari happy sejak hari tu. dia layan aku baik sangat. aku happy bila aku digantung kat handphone tuan aku ne, aku taw dia akan bawa aku kemana ja. oleh sebab aku ne ada warna putih, aku selalu ja kotor. tapi tuan aku selalu cuci aku smpai badan aku ne dah naik berbulu. tpi takpa, asalkan aku bersih. 1 hari tu, tuan aku nak jumpa dengan mamat tu n aku pun happy sangat sebab aku taw yang aku bakal jumpa c arnab hitam. bila jumpa tu aku tak nmpak pun c arnab hitam sebab tuan dia letak handphone dia kat poket blakang, tu lar tak nmpak sedangkan aku dah terjuntai keluar kat poket depan tuan aku ne. bila tuan aku pegang hndphone mamat tu barulah aku boleh nmpak c arnab hitam n aku excited sangat. tpi aku tngok dia dalam keadaan kotor time tu, maklumlah bantal tu kan wrna putih, jd memanglah cepat kotor. tpi tuan aku mulalah bising kat mamat tu sebab kotor, tp mamat tu bagi alasan pula sebab benda tu wrna putih.. betul jugaa tu... n bila mamat tu pun nak pegang hndphone tuan aku ne, baru lah aku rasa dekat dengan c arnab hitam tu. bila tuan kitorang duduk sebelah2, kami pn rasa macam duduk bersebelahan ja sebab c arnab hitam terjuntai kat poket kanan tuan dia, n aku pula terjuntai kat poket sebelah kiri tuan aku ne. tapi kan, tu semua dululah. semua ne cerita lama. 1 hari tu tuan aku nangis2 n tanggalkan aku daripada handphone dia. aku tak faham time tu. dia cakap dia tak boleh biarkan aku tergantung lagi kat handphone dia sebab tu semua akan bwat dia ingat memori lama. apa dah jadi? tak adil sangat. tuan aku cakap lagi yang c arnab hitampun tak tergantung lagi kat handphone tuan dia n tuan aku pun terpaksa bwat benda yang sama juga. masa tu barulah aku faham yang tuan aku tak bersama dengan mamat tu lagi. kini aku diletakkan di dalam sebuah kotak kecil. dalam ne gelap, kecik n aku takut sangat. aku sunyi sangat dalam ne dan aku rindu nak keluar tengok dunia luar macam dulu lagi. tapi tuan aku tak bagi n aku taw hidup dia tak sebahagia dulu wlupun rmai lelaki cuba msuk n bahagiakn dia. tpi semua tu sia2 ja. arnab hitam..... mana awak?? awak apa khabar?? hidup kaw macam aku juga atau tuan kaw dah pun hilangkan kaw?? aku harap kaw dalam keadaan baik wlupun dimana ja kaw sekrang.. saya rindu awak.. aku harap kaw ada dengan aku skrang. aku rindu nak duduk bersbelahan dgn kaw mcam dlu. tpi aku fahamyang semua impian aku takkan tercapai selagi tuan kita tak bersama semula. aku harap diorang bersama semula. aku tak inginkan kaw ja yang ada dengan aku skrang, aku pun harap yang tuan kaw pun ada dengan tuan aku skrang sebab aku taw tuan aku pun tengah sedih n sunyi macam aku ne tapi dia selalu ego nak ngaku. awak2, jomlah kita doa supaya tuan kaw dan tuan aku bersama kmbali k, supaya kita pun dapat hadapi hari-hari indah macam dlu lagi.. ;')


comel kan saya?? ;p



** true story?? no comment.. . ;)


2 comments:

Post a Comment

Follow by Email